SOALAN UMUM

FPX atau Pertukaran Proses Kewangan merupakan satu gerbang pembayaran yang membenarkan pembayaran secara atas talian masa sebenar menggunakan akaun peribadi atau akaun syarikat / korporat. Apa yang anda perlukan adalah akaun perbankan Internet dengan mana – mana bank yang menyertai FPX. Perkhidmatan FPX tersedia 24 jam setiap hari untuk kebanyakan bank. Butiran kewangan anda disulitkan dengan selamat dan tidak pernah dikongsi.

Pada masa ini perkhidmatan FPX tersedia 24 jam setiap hari untuk kebanyakan bank yang menyertai FPX.

* Walaubagaimanapun, Waktu Operasi FPX sebenar bergantung kepada ketersediaan perkhidmatan Perbankan Internet bank teribat.

Bagi akaun perbankan peribadi, had minimum bagi setiap transaksi ialah RM1.00 dan jumlah maksimum terhad sehingga RM30,000* bagi setiap transaksi. Bagi perbankan syarikat / korporat, had minimum bagi setiap transaksi adalah RM2.00 dan jumlah maksimum terhad sehingga RM1,000,000 * bagi setiap transaksi.

* Had di atas tertakluk kepada had perbankan internet anda dengan bank anda, yang mana lebih rendah.

Apa-apa caj (jika ada) akan bergantung kepada terma dan syarat langganan perbankan internet anda.

Terdapat 3 kaedah di mana anda akan dapat mengetahui bahawa transaksi FPX anda berjaya:

  • Resit dalam talian yang disediakan oleh FPX
  • Pemberitahuan emel yang dihantar oleh sistem FPX (dengan syarat anda telah memasukkan alamat e-mel anda di halaman pemilihan bank FPX).
  • Resit dalam talian yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
  • Resit boleh dicetak pada bila-bila masa sekiranya anda berdaftar dengan sistem e-Bayaran MBKT.

Sebulan pertama selepas pelancaran: Penyata akaun individu akan dikemaskini bayaran dalam tempoh 24 jam.
Bulan seterusnya: Penyata akaun individu akan dikemaskini serta-merta.

Ya. FPX menggunakan piawaian pengesahan dan pensijilan yang tinggi untuk memastikan semua transaksi selamat.

CUKAI TAKSIRAN

Boleh. Anda boleh membuat bayaran mengikut kehendak anda. Walaubagaimanapun anda perlu melebihi had minima transaksi FPX.